Siapa sangka dalam kajian baru-baru ini yang dijalankan oleh salah sebuah syarikat sekuriti yang berpengkalan di Amerika Syarikat iaitu Kisi, mendedahkan bahawa Kuala Lumpur sebenarnya turut tersenarai di dalam carta ‘Top Overworked Cities In The World’ atau dalam bahasa Malaysianya – Bandar Dengan Waktu Kerja Lebih Masa Paling Top Di Dunia.
BACA: Kajian: Malaysia Negara Ke-7 Paling Banyak ‘Membawang’ Pasal K-pop
Melalui laporan tersebut, Kuala Lumpur telah mencatatkan waktu kerja paling lama iaitu sekitar 52 jam seminggu (termasuk dengan waktu perjalanan pergi balik ke tempat kerja).
Selain itu, bandaraya yang megah dengan pencakar langit dan pusat membeli belah ini juga turut menduduki:
+ Tangga keempat untuk waktu bekerja melebihi masa
+ Tangga ketiga untuk peruntukan jumlah cuti yang sedikit ditawarkan kepada pekerja
Selain itu, bandar Oslo di Norway tersenarai sebagai bandar yang mempunyai budaya kerja yang seimbang untuk kehidupan. Untuk bacaan lanjut mengenai barisan negar atau boleh rujuk di sini
Percaya atau tidak, melalui laporan ini ternyata untuk mendapatkan kehidupan yang seleasa bukanlah senang. Kerja lebih masa, pulang ke rumah lewat dan kemudian berhadapan dengan macam-macam lagi masalah di rumah pula.
Gunakalah hari cuti yang telah diperuntukkan cuti yang tidak seberapa itu untuk menenangkan jiwa dan mencari makna kehidupan sebenar.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
BACA: Beratur Panjang Beli iPhone 12 Bukti Ekonomi Bumiputera Semakin Kukuh