6 Tahun Menunggu, Pasangan Ini Tak Dapat Menahan Sebak Apabila Doktor Sahkan Hamil

Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan cahaya mata sebagai pelengkap sesebuah rumah tangga. Namun tidak semua pasangan diberikan rezeki dengan cepat, malah ada yang menunggu bertahun-tahun untuk mendapat zuriat.

Baru-baru ini tular video di laman Twitter apabila wanita ini tidak dapat menahan sebak apabila doktor mengesahakan dirinya hamil selepas 6 tahun menantikan cahaya mata.

Menerusi video tersebut, wanita itu dan suaminya turut bersama beberapa ahli keluarganya berjumpa dengan doktor untuk mengetahui keputusan. Difahamkan, pasangan itu melakukan rawatan In vitro fertilization (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata.

https://twitter.com/lisaa_aa98/status/1364578824105594882

Dapat didengar menerusi video itu, doktor memberitahu wanita tersebut supaya redha dan sabar dengan keputusan yang akan ditunjukkan.

Wanita itu kemudian diminta oleh doktor berkenaan untuk membuka keputusan yang diberikan dan keputusan menunjukkan dua garisan bermaksud dia disahkan hamil.

Sebaik sahaja mengetahui dirinya hamil, wanita itu menangis meluahkan rasa syukur, malah suaminya dan doktor juga tidak dapat menahan sebak serta turut menangis.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak melihat reaksi pasangan itu. Malah, mereka juga turut menangis kegembiran dengan keputusan tersebut.

Tahniah! Kami juga tumpang gembira. Semoga pasangan lain yang turut menantikan zuriat supaya bersabar dan berdoa agar segera diberikan cahaya mata.

SUMBER: Twitter