8 Kali Tak Jadi Majlis Nikah, Suami Siap Hadiahkan Sebiji Mustang

Baru-baru ini ramai yang mengambil peluang untuk melangsungkan perkahwinan sebelum menjelangnya bulan Ramadan.

Apatah lagi, kerajaan sudah membenarkan majlis perkahwinan diadakan namun perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Baru-baru ini, tular kisah pasangan ini yang akhirnya sah bergelar suami isteri lepas hampir lapan kali majlis perkahwinan mereka ditunda.

Lebih indah, berkat kesabaran pengantin perempuan bernama Syahamimi itu, suaminya menghadiahkan sebuah kereta mewah Mustang buatnya.

Meskipun pelbagai ujian dihadapi sebelum berkahwin, Syahamimi meluahkan rasa syukur kerana ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Menangis apabila menerima kejutan tersebut, Syahamimi berkata majlis mereka tertunda disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditambah pula mereka duduk di negeri berbeza.

Perkongsian Syahamimi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tumpang bahagia serta mengdoakan ikatan perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

SUMBER: TikTok