Nampaknya kontroversi terpalit Kak Long 7E seperti tiada kesudahan. Belum reda lagi dengan isu dijemput menjadi tetamu sebuah stesen TV, timbul pula isu terbaru.
Terbaru, tular pula rakaman video memaparkan Kak Long sedang melakonkan gaya tempang macam cacat seperti Orang Kelainan Upaya (OKU).
Seperti sudah dijangka, video tersbeut mengundang kemarahan netizen yang mendakwa wanita itu menghina golongan cacat serta mendesaknya untuk membuat permohonan maaf.
Menerusi status dimuat naik di Facebook, Kak Long bersumpah serta menafikan dakwaan dia mempersendakan OKU serta memohon maaf jika ada pihak yang terasa dengan gurauannya itu.
Sementara itu, memetik laporan mStar, Kak Long sekali lagi menafikan dakwaan tersebut serta menyifatkan ianya sebagai cubaan untuk memburukkan namanya.
“Orang kata saya hina OKU. Dalam video itu saya tak sebut atau kata sesiapa pun OKU. Saya tak hina, saya cuma berjalan macam tu dalam video live.
“Bila orang tak suka saya, segala benda mereka akan cari salah. Saya buat siaran live FB itu ketika pulang rakaman di TV Alhijrah. Pada waktu itu, ada orang komen, kata saya ni lapar famous.
“Jadi saya buat gaya berjalan macam tu. Saya tak sebut OKU sekian-sekian. Saya tak buat untuk OKU. Tapi orang salah faham,” katanya.
Dalam pada itu, Kak Long mengakui penat apabila perlu berdepan isu demi isu. Malah, apa yang dilakukannya pasti akan menjadi perhatian netizen yang mahu mencari kesalahannya.
“Niat saya, hanya Allah saja yang tahu. Saya tak kata OKU dan tak sebut OKU. Saya terlalu penat nak layan. Saya nak fokus hidup dan berniaga.
“Saya buat live sekadar happy untuk hiburkan diri. Pesanan saya kepada yang sebar video saya, saya takkan maafkan saya. Siapa yang edit video saya pun saya tak maafkan,” katanya.
Terdahulu. TV Alhijrah mengumumkan penangguhan siaran episod Kak Long 7E selepas dikecam teruk oleh netizen.
SUMBER: mStar