Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke hayat. Namun, setiap perkahwinan pasti akan diuji dan tiada siapa dapat meramal masa depan.
Baru-baru ini tular perkongsian di aplikasi TikTok video memaparkan seorang isteri menangkap suaminya kantoi curang dengan perempuan bilik di dalam bilik.
Lebih menyedihkan, pasangan suami isteri itu mempunyai anak kecil berusia 6 bulan namun si suami berani membawa pulang wanita lain ke rumah.
Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian apabila si isteri tetap bersikap tenang meskipun hatinya disakiti oleh insan tersayang.
https://www.tiktok.com/@dewi1992neus/video/7079814694625742106?
Wanita tersebut mengetuk tombol bilik berkenaan dengan lesung batu kerana hanya mahu mendapatkan barang-barang peribadi miliknya.
Turut kedengaran, wanita tersebut tidak mengizinkan kekasih suaminya itu menggunakan barang-barangnya termasuk selimut dan kipas.
Dek kerana suami enggan membuka pintu bilik, wanita itu terpaksa memecahkan tombol pintu berkenaan.
Di akhir video itu, dia sempat menasihati wanita itu bahawa dia bakal ditinggalkan suaminya sama seperti apa terjadi pada dirinya.