Baru-baru ini bermula sesi baru persekolahan dan sudah pasti ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka melalui hari di sekolah dengan baik.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna TikTok @airisumayyah yang berkongsikan mengenai baju anaknya yang berusia 7 tahun dicontang oleh rakan di sekolah.
Menurut wanita itu, anak lelakinya baru masuk darjah 1 dan mempunyai masalah speech delay. Ujarnya, mungkin disebabkan itu ada murid lain membuli anaknya dengan menconteng baju.
Katanya lagi, anaknya tidak pandai bercakap mahupun belawan. Malah, anaknya tidak pandai untuk memberitahu apa yang terjadi.
Wanita itu turut berasa kecewa dan kasihan dengan anaknya itu serta mengatakan ini apa yang dia nampak, namun tidak tahu jika ada perkara lain berlaku di sekolah.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang geram dengan sikap suka membuli. Malah, ada yang terkejut kerana baru berusia 7 tahun sudah membuli orang lain.
Dalam pada itu, wanita itu memberitahu ibu kepada murid yang menconteng baju anaknya telah menghubunginya dan meminta maaf serta mahu menggantikan baju anaknya.
Sementara itu, ada yang mencadangkan kepada wanita itu agar memasukkan anaknya ke kelas pendidikan khas dimana lebih selesa dan akan dilayan dengan baik.
SUMBER: TikTokĀ