Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan rumah tangga yang bahagia kekal hingga ke akhir hayat. Namun, tiada siapa tahu apa akan jadi di masa hadapan dan siapa yang akan menjadi jodoh kita.
Baru-baru ini, tular perkongsian di aplikasi TikTok oleh seorang wanita dikenali sebagai Azah Aziz yang memilih lelaki warga Bangladesh sebagai suaminya.
Menerusi video tersebut, Azah berkata dia sebelum pernah berkahwin dengan lelaki Melayu namun jodoh mereka tidak panjang.
Selepas bercerai, dia bertemu dengan seorang lelaki warga Bangladesh. Lebih manis, dia sememangnya bahagia dengan pilihan hatinya itu yang juga seorang bapa tiri penyayang.
Dalam entri itu, wanita turut meminta suapa tidak mempertikaikan jodohnya kerana baginya lelaki itu menjaga dua anaknya dengan baik.
“Jangan persoalkan jodohku. Aku pernah berkahwin dengan lelaki melayu kemudian lepas bercerai hadir si dia. Dia boleh jaga 2 anak tiri dengan baik.
“Tengok anak-anak aku dah besar. Sekolah, makan, minum dan pakaian anak-anak tiri semua dia tanggung tak pernah bezakan anak-anak,” katanya.
Dalam pada itu, wanita itu juga berkata suaminyaitu juga sentiasa berada di sisinya ketika susah senang dan waktu sakit.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tumpang gembira dengan kebahagiaan wanita itu serta mengatakan bahagia itu bukan kerana bangsa pasangan tetapi hati seseorang.
SUMBER: TikTokĀ