Sebut sahaja nama Khairul Aming, sememangnya ramai mengenali personaliti media sosial ini yang terkenal dengan video masakannya yang membuat ramai terliur dan menyelerakan.
Seperti biasa, setiap kali bulan Ramadan Khairul Aming akan muncul dengan 30 video sempena 30 hari Ramadan khas buat pengikutnya.
Tidak dinafikan, Khairul Aming turut menjadi inspirasi buat mereka diluar sana untuk tampil membuat video masak sempena bulan Ramadan ini.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang seolah toksik membandingkan video masakan orang lain dengan Khairul Aming. Tidak kurang juga, individu itu mendakwa seolah meniru personaliti media sosial terkenal itu.
Kurang senang apabila dibandingkan seperti itu, Khairul Aming tampil meluahkan perasaannya mengatakan mulut seperti inilah yang merosakkan keseronokan untuk membuat video puasa.
Katanya lagi, perkara itu seolah menjadi toksik di laman Twitter. Ujanrya, semua orang seronok dan enjoy membuat video masakan di media sosial, namun disebabkan ada yang menjadi batu api boleh mencetuskan pergaduhan.
Menurut Khairul Aming lagi, selama ini mereka yang membuat video memasak sering beri sokongan antara satu sama lain namun muncul individu bersikap toksik.
Jelasnya lagi, mereka yang membuat video konten memasak melakukannya ikhlas untuk membantu orang di bulan puasa.
Namun, dia mengakui kecewa apabila ada yang cuba memecah belahkan komuniti mereka ini yang tidak pernag mengganggu orang lain.