Sememangnya kehidupan rumah tangga itu indah namun perlulah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri agar rumah tangga kekal bahagia.
Malah, tabiat kehidupan ketika bujang juga perlu diubah kerana selepas berkahwin kita akan duduk bersama pasangan dan hati serta perasaan mereka juga perlu dijaga.
Namun, sejak kebelakangan ini ada saja kisah rumah tangga dikongsikan di media sosial sekaligus membuatkan ramai yang takut untuk berkahwin.
Seperti yang dikongsikan oleh wanita bernama Icaa ini yang mengatakan dia dan suami tinggal sebumbung namun lelaki itu lebih banyak meluangkan masa dengan telefon sahaja.
Katanya lagi, setiap kali pulang ke rumah selepas kerja suaminya hanya akan main telefon dan tidur sahaja.
Lebih sedih, wanita itu berkata dia terpaksa melupakan hasratnya untuk meluahkan rasa hati atau bercerita tentang kehidupan seharian kepada suaminya. Malah, Icaa berkata dia merasakan dirinya seperti perempuan simpanan apabila dilayan sebegitu.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersimpati dengan apa menimpa wanita itu. Tidak kurang juga, ada yang berkongsikan mereka juga mengalami masalah sama dan sedih dengan apa yang berlaku.
SUMBER: TikTok