Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna Twitter bernama Faye membantu rakannya iaitu Syafiqah Ghazali untuk mencari jodoh.
Menurutnya, rakannya itu sudah bersedia untuk menjadi isteri dan jika diizinkan Allah mahu mendirikan rumah tangga tahun ini.
Dalam perkongsian itu turut disertakan ‘link’ borang buat mereka yang berminat untuk mencuba nasib sebagai bakal suami rakannya itu.
https://twitter.com/fyruzzasyahira/status/1528245124039585792
Perkara itu turut dikongsikan page lain di Facebook iaitu Lawak Asia . Apa yang menjadi perhatian, ramai para isteri yang meninggalkan komen bimbang jika para suami mereka kononnya mahu mencuba nasib.
Tidak kurang juga, ramai yang terkedu melihat profile gadis itu yang sudah pun mengembara ke 20 negara dan pandai berbasaha Perancis.
Difahamkan, tuan badan iaitu Syafiqah mengesahkan dia sememangnya sedang mencari jodoh. Lebih mengejutkan dia menerima 2,000 permohonan yang mencuba nasib untuk menjadi bakal suaminya.
Dalam pada itu, gadis itu berkata dia terpaksa menutup permohonan berkenaan dan tidak sangka perkongsian rakannya itu akan tular.