Marketing Murahan? Konon Bergaduh Dengan Founder, Akhirnya Influencer Mengaku Hal Sebenar

Minggu lalu tular di media sosial seorang influencer mengamuk apabila mendakwa diberi duit palsu oleh seorang founder produk.

Difahamkan, pergaduhan tercetus apabila influencer dikenali sebagai Puteri Sari itu menerima tawaran paid review daripada seorang founder iaitu Siti Jamu Mall.

Bagaimanapun, Puteri Sari menyedari bahawa wang bayaran yang diterima sebanyak RM10,000 itu berkemungkinan besar adalah duit palsu.

Susulan kekecohan tersebut, ada netizen mengatakan ianya haanyalah konten dan salah satu strategi pemasaran semata-mata.

Kata netien lagi, jika benar wang yang diterima itu adalah duit palsu mengapa tidak terus membuat laporan polis.

Akhirnya tekaan netizen tepat apabila influencer tersebut mengakui bahawa kekecohan yang berlaku sebelum terlah dirancang.

Kata Puteri Sari lagi, sepatutnya pergaduhan hanya berlangsung 3 hari sahaja namun sengaja dipanjangkan oleh pihak Siti Jamu Mall.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sudah menjangkakan sejak dari awal lagi bahawa ia hanya marketing sampah.

Dalam pada itu, ada yang mengecam kedua-dua pihak yang sanggup menabur fitnah demi wang ringgit. Kata netizen lagi, jika dulu orang takut dengan fitnah, tetapi kini orang sanggup memfitnah kerana duit.

SUMBER: TikTok