Baru-baru ini, perkongsian pendakwah terkemuka, Datuk Ustaz Kazim Elias mengejutkan ramai apabila mendedahkan mengenai penyakit misteri dihidapinya.
Menurut Ustaz Kazim, penyakit misteri dihidapinya sejak tahun 1997 itu menyebabkan kulit wajah, kaki, perut dan beberapa bahagian lain menjadi kehitaman serta mengeluarkan darah.
BACA: Tak Mampu Lagi Rahsiakan, Ustaz Kazim Elias Mohon Bantuan Ubati Penyakit Misteri
Menerusi temubual esklusif bersama Kosmo semalam, Ustaz Kazim mengakui seramai enam orang telah bersemuka dan memohon maaf kerana menyihir dirinya.
Menurut Ustaz Kazim, dua daripada mereka adalah pasangan suami isteri yang menangis teresak-esak dihadapannya serta mengakui kesilapan mereka.
Kata Ustaz Kazim, individu berkenaan sanggup membuat perkara keji itu kerana rasa tidak puas hati serta hadas dengki.
“Banyak sebab dan yang saya boleh cerita dia marah sebab saya ceramah ada kata tentang dia dan dia malu.
“Yang kedua datang minta maaf sebab dia marah saya dapat macam-macam dan ada juga sebab perasaan, kalau dia tak boleh dapat saya, orang lain pun tak boleh dapat saya,” katanya.
Terdahulu, menerusi program MeleTOP, Ustaz Kazim mengejutkan ramai apabila membuang makeup di muka serta menunjukkan kesan penyakit yang dihidapi di kaki.
SUMBER: Kosmo!