Majlis Kahwin Punah, Order Katering 700 Orang Yang Sampai Makanan Untuk 50 Orang Je

Setiap pasangan yang bakal berkahwin pasti impikan majlis yang berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Namun, ada yang tidak bernasib baik seperti sebuah video tular baru-baru ini dimana satu pasangan pengantin berdepan insiden mengecewakan.

Mana tidaknya, pada hari majlis mereka ditipu oleh pihak katering dimana sepatutnya menyediakan makanan untuk 700 orang tetapi hidangan yang tiba tidak sampai untuk 50 orang.

https://twitter.com/isusemasaviral/status/1534535657061724165?s=20&t=nVWCZTeW11fxgiXvkR2d1Q

Dalam video tersebut, pengantin berkenaan dilihat menangis teresak-esak kerana tidak menyangka perkara itu terjadi pada hari bahagianya.

Sementara itu, diruangan komen ada yang membeirtahu pihak katering itu sudah pun ditahan oleh pihak berkuasa dan ramai rupanya yang terpedaya dengan penipuan katering tersebut.

Kata netizen lagi, harga yang ditawarkan terlampau murah sehingga tidak masuk akal sedangkan harga barang naik. Namun, ramai yang tertarik kerana pakej yang ditawarkan murah.

Dalam pada itu, ada netizen yang meluahkan rasa simpati kepada pengantin serta memberi nasihat kepada bakal pengantin di luar sana supaya lebih berhati-hati untuk memilih katering supaya tidak ditipu.

SUMBER: Twitter Isu Semasa Viral