Tidak dinafikan kes sosial di kalangan anak muda semakin membimbangkan sehingga ada sahaja kes dimana bayi dibuang kerana terlanjut.
Lebih menyedihkan, ada kes dimana ada pasangan tergamak membuang bayi cukup sifat atau digugurkan kerana bimbang ketelanjuran mereka diketahui keluarga.
Namun, kisah tular baru-baru ini ternyata mengejutkan ramai. Mana tidaknya, pasangan kekasih ini sudah berkali-kali terlanjur dan hamil luar nikah. Dek kerana malu apabila hamil luar nikah, gadis tersebut bertindak menggugurkan kandungan sejak tahun 2012 lagi.
Lebih mengejutkan, gadis itu menggugurkan kandungannya dengan minum air ramuan khas untuk memaksa bayi dilahirkan secara paksa dan kemudian disimpan di dalam kotak gabus.
Bagaimanapun, tindakan gadis itu terbongkar apabila sebanyak 7 janin ditemukan oleh tuan rumah di dalam sebuah bilik yang disewa oleh gadis bernama NM itu. Kejadian mengenai penemuan itu dilaporkan di Kecamatan Biringakanaya, Makassar pada Sabtu lalu.
Menurut pemilik rumah berkenaan, selepas gadis tersebut keluar dari bilik kerana tidak mampu membayar sewa, dia datang membersihkan nilik berkenaan.
Menurutnya, dia terhidu bau yang kurang menyenangkan sebelum menemui kotak berisi janin berkenaan.
Hasil siasatan, gadis berusia 26 tahun itu telah pun ditahan polis mengaku telah menggugurkan kandungan sejak 10 tahun lalu selepas berkali terlanjur dengan teman lelakinya.
Ketua Polis Daerah Makassar, Budi Haryanto berkata, perbuatan menggugurkan kandungan itu dilakukan di lokasi berbeza dan paling terbaru adalah pada Januari lalu.
SUMBER: Tribune News