Baru-baru ini tular perkongsian di Facebook oleh seorang pengguna yang mendedahkan bekas suami tidak berhenti mengganggu bekas isterinya sejak dua tahun lalu.
Lebih mengejutkan, pengguna itu memberitahu kes tersebut gagal diselesaikan pihak berkuasa meskipun ibu tunggal itu mempunyai banyak bukti serta sudah beberapa kali membuat laporan polis.
Berkongsikan mengenai kisah rumah tangga mereka, lelaki tersebut menceraikan isterinya yang ketika isu sedang hamil anak kedua untuk berkahwin dengan wanita lain.
Selepas anak kedua mereka lahir, maka jatuh talak yang dilafazkan bekas suami. Bekas suami tidak menjenguk bekas isteri dan anak kedua sehinggala Hak Hadhanah dibicarakan ketika itu anak sudah berusia 8 bulan.
Hak Hadhanah Penjagaan Dua-Dua Anak diserahkan kepada bekas isteri dengan bekas suami dibenarkan melawat dua kali sebulan.
Namun, ketika sedang melawat anak-anak di rumah bekas isteri, lelaki tersebit tertarik kembali dengan jandanya yang semakin cantik, langsing, dan lemah-lembut.
Melihatkan jandanya makin cantik, lelaki tersebut mulalah menganggu kehidupan bekas isterinya sehingga wanita itu melarang bekas suami melawat anak-anak lagi berikutan anak-anak trauma kepada bapa kandung sendiri.
Menerusi entri itu, turut disertakan gangguan yang dilakukan oleh bekas suami sejak dua tahun lalu dan paling terbaru adalah pada 11 dan 12 Jun lalu.
Dalam perkongsiannya itu, turut disertakan video bukti memaparkan bekas suami melakukan gangguan di sekitar rumah.
Diruangan komen, rata-rata netizen turut hairan mengapa tindakan tidak di ambil terhadap bekas suami serta berharap kes gangguan seperti ini perlu diberi perhatian oleh pihak berpuasa kerana ia dianggap sebagai jenayah.
SUMBER: Facebook Karya Kayra