Tidak dapat bayangkan jika gaji bulanan hanya RM450 sebulan ditambah pula dengan kos sara hidup semakin tinggi di zaman sekarang.
Baru-baru ini, pengacara terkenal, Fedtri Yahya ada memuat naik gambar paparan pendedahan seorang guru tadika yang menjadi perhatian ramai.
Menerusi perkongsian itu, individu bertanyakan adakah ianya masih normal bergaji RM450 sebulan dalam ekonomi yang semakin meningkat ini.
Menurut individu itu, dia bekerja sebagai seorang guru di sebuah tadika Islam namun tidak didedahkan nama tadika tersebut.
Tak dapat dibayangkan… pic.twitter.com/uRGRFZ1loy
— Fedtri Yahya (@fedtriyahya) June 21, 2022
Dalam entri lain, Fedtri cuba bersangka baik bahawa gaji yang diterima itu adalah mengikut jumlah murid yang didaftarkan bersekolah di tadika tersebut.
Selepas memuat naik perkongsian itu, Fedtri berkongsikan tiga lagi luahan daripada guru tadka yang turut mendedahkan gaji mereka hanya di paras RM500 sebulan.
Salah seorang daripadanya yang merupakan pembantu tadika kemas hanya menerima gaji pada kadar RM500 sahaja.
Lebih mengejutkan sudah hampir 10 tahun bekerja tapi masih bergaji RM500 sebulan sahaja kerana tidak mempunyai keberanian dan saluran untuk menyuarakan tentang gaji.
— Fedtri Yahya (@fedtriyahya) June 22, 2022
Pendedahan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut apabila mengetahui gaji guru tadika masih rendah di zaman ini.
Malah, ada yang meluahkan rasa kasihan kepada guru tadika bergaji rendah bagaimana untuk meneruskan hidup.
Tidak kurang juga, ada yang meminta agar tadika itu dilaporkan kepada pejabat buruk. Kata netizen lagi, mungkin merkea bekerja ikhlas tetapi jika ditindas perlukan keadilan.
SUMBER: Twitter Fedtri Yahya