Pasti ramai tahu sekarang hangat diperkatakan mengenai tiga drama ini yang sedang ditayangkan di kaca televisyen.
Drama tersebut adalah Bisik-Bisik Gelora lakonan Redza Rosli dan Raysha Rizrose, Melur Untuk Firdaus lakonan Meerqeen dan Anna Jobling serta Kerana Aku Isteri Bidaan lakonan Hisyam Hamid dan Scha Elinnea.
Baru-baru ini tular perkongsian seorang netizen yang memuat naik status menggesa agar tiga drama tersebut segera dihabiskan.
Menurutnya, drama bertemakan ‘suami’ itu membuatkan ramai isteri kemurungan serta marah tahap maksima.
Dalam drama Bisik-Bisik Gelora, dia geram dengan sikap Jad yang psiko serta menyakitkan hati Arumi yang sememangnya menyakitkan hati isteri yang menonton.
Malah, dia turut geram dengan Arumi yang mempunyai sifat sabar yang tidak bertempat serta mempersoalkan wujudkah isteri seperti Arumi di dunia nyata.
Mengulas mengenai drama Melur Untuk Firdaus, netizen turut menyifatkan sifat sabar Melur sangat tidak logik apatah lagi suaminya, Firdaus berlaku curang serta tidak bertanggungjawab.
Mengenai drama Kerana Aku Isteri Bidaan, netizen juga geram dengan sikap Farel yang cemburu serta emosi. Adakalanya, Farel sejenis suami mulut lepas. Namun, netizen memuji watak Rai yang sedikit bijak jika dibandingkan dengan Melur dan Arumi.
Diakhir perkongsian itu, individu itu turut memberikan sebab lucu mengapa drama tersebut perlu dihabiskan cepat kerana bimbang suami-suami diluar sana terpaksa membeli televisyen baru.
SUMBER: Facebook Sarina Mohd Som