Tidak dinafikan saban tahun setiap kali tibanya bulan Ramadan ramai menantikan resepi dikongsikan personaliti media sosial, Khairul Aming yang akan muncul dengan 30 hari 30 resepi.
Tahun ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi bualan ramai, mana tidaknya baru sahaja meniti waktu tengah hari sudah dikongsikan menu untuk berbuka puasa untuk tatapan umum.
Semalam, salah satu resepi Khairul Aming iaitu sambal hijau bilis dan telur dadar ditegur oleh Pakar Perubatan, Dr Rafidah Abdullah.
Salam KhairulAming. Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat. Banyak sangat minyak ni. Goreng is not good. Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum. TK. https://t.co/vIjsh4lmTV
— Dr Rafidah Abdullah (@rafidah72) April 1, 2023
Menerusi laman Twitter, Dr Rafidah meminta supaya pempengaruh popular itu menyediakan resipi sihat kepada orang ramai.
Dr Rafidah turut meluahkan rasa bimbang apabila melihat kuantiti minyak digunakan cenderung kepada kehidupan tidak sihat.
Perkongsian Dr Rafidah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju namun seperti sudah dijangka ada yang kurang senang dengan teguran tersebut.