Pengilat Kuku Punya Pasal, Tomok Kena Bayar Lebih RM5 Ribu Pada Butik

Perkongsian penyanyi Tomok menjadi perhatian apabila memuat naik video di Instagram mengenai kejadian tidak dijangka berlaku kepadanya ketika membeli belah di sebuah butik pakaian.

Menerusi video itu, Tomok mendedahkan dia terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM5,593 selepas anaknya tidak sengaja tertumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di butik terkemuka.

Tomok berkata kejadian itu berlaku ketika dia bersama keluarga ke butik itu untuk membeli seluar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Menurut Tomok, anaknya tertumpahkan pengilat kuku ke atas empat helai seluar yang setiap satunya berharga RM1,299 dan baju berharga RM899 dan RM499.

Disebabkan perkara itu, pengurusan butik berkenaan tidak membenarkan Tomok keluar dari butik selagi dia tidak membuat pembayaran ganti rugi terhadap pakaian yang sudah rosak.

“Saya tak boleh buat apa. Saya tak boleh keluar dari kedai ini. Tak mengapa, saya akan bayar dan selepas ditolak diskaun, jumlahnya adalah RM5,593,” katanya.

Dalam pada itu, Tomok berkata dia mahu menjual seluar tersebut kerana saiznya terlalu besar untuknya dan akan dijual pada harga berbeza.