Ditanya Sama Ada Sudah Berbuka Puasa Dengan Ibu Bapa, Ini Jawapan Syamsul

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah masih tiada kesudahan lagi apabila Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap isterinya.

Difahamkan, hari ini merupakan prosiding pertama kes tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syarie Gombak Timur, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan tarikh baharu pada 8 Mei depan berikutan Puteri Sarah tidak hadir atas tuntutan kerja di luar negara.

Selesai sahaja prosiding hari ini, Syamsul berkata dia melihat ujian yang melanda diri sebagai satu reflek untuk memperbaiki diri.

“Apapun, saya tetap melihat ujian yang melanda ini sebagai satu reflek untuk memperbaiki diri,” katanya kapada BH Online.

Sementara itu, sama ada sudah berbuka puasa dengan ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail, Syamsul enggan memberi komen.

“Tiada komen. Saya tak nak komen. Bagi saya, hal berkaitan keluarga tidak perlu dikongsi. Begitu juga bila saya jumpa anak-anak, tak perlu setiap kali saya jumpa anak dikongsi dalam media sosial.

“Saya sudah banyak kali berjumpa anak-anak, tetapi saya tak kongsi. Begitu juga isu ini, mungkin akan melukakan hati isteri. Biarlah saya dan keluarga sahaja tahu,” katanya.

SUMBER: BH Online