Lama tak dengar cerita tentang Iqbal Zulkefli, baru-baru ini usahawan sensasi itu ada memuat naik video memaparkan dirinya memakai telekung dan pakaian dalam wanita sekaligus mengundang kecaman ramai.
Sedar videonya itu dikecam, Iqbal tampil memohon maaf susulan perkara itu. Iqbal berkata video tersebut diambil oleh ahli keluarga dan hanyalah gurauan semata-mata.
“Waktu keluarga saya rakam, saya langsung tidak bertujuan untuk muat naik ke media sosial.
“Gurauan ini adalah diri saya yang sebenar ketika bersama keluarga. Sejak dulu, orang sekeliling tidak kering gusi gelak jika ada,”tulisnya.
Menurut Iqbal, dia tiada niat untuk mempersendakan kaum wanita tetapi untuk berkongsi kepada orang ramai bahawa dirinya seorang yang mudah didekati.
“Niat saya mahu orang tahu bahawa saya bukanlah orang yang serius setiap masa, membuatkan orang segan mendekati.
“Malah saya fikir banyak filem, drama dan artis lain berjenaka begitu. Jauh sekali menghina Tidak pun saya terfikir menyerupai wanita,” katanya.
Dalam pada itu, Iqbal berkata dia memohon maaf diatas video tersebut serta sudah pun memadam video berkenaan. Kata Iqbal lagi, dia mahu menunjukkan sisi lucunya serta sudah penat menjadi serius.