Anak Baru 5 Tahun, Founder Ini Hadiahkan Kereta Berharga Lebih RM1 Juta?

Selalunya bagi kebanyakan kanak-kanak berusia 5 tahun, hari jadi mereka dimeriahi dengan sambutan bersama keluarga, kek dan hadiah sudah cukup membuatkan mereka gembira.

Bagaimanapun, berbeza dengan kanak-kanak ini apabila dihadiahkan oleh ibunya sebuah Mercedes-AMG G63 atau lebih dikenali sebagai G-Wagon sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-5 baru-baru ini.

Wanita yang juga founder produk kecantikkan itu menghadiahkan kereta tersebut selepas bersembang dengan anaknya pada bulan lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Malah, anaknya mengatakan dia akan pergi ke sekolah jika mendapat hadiah G-Wagon sempena hari jadinya.

Siapa sangka, ibunya benar-benar membelikan kenderaan mewah tersebut yang dibawa oleh sebuah lori lutsinar dihiasi dengan ucapan hari jadi dan belon.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan luar biasa permintaan anaknya itu serta terkesima apabila seorang ibu mampu memberikan hadiah mewah buat anaknya.

Malah, rata-rata netizen mendoakan agar kanak-kanak itu menjadi orang yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat.

SUMBER: The Vocket & mStar Online