Isteri Merayu Pada Mak Mertua, 14 Tahun Asyik Beraya Di Kampung Suami

Tinggal beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pasti ramai tidak sabar untuk meraikan bersama keluarga tercinta serta sanak-saudara selepas sekian lama tidak berjumpa.

Namun, apabila tibanya hari raya ada juga ada yang berduka apatah lagi buat mereka yang sudah berkahwin untuk menantikan bila tibanya giliran pulang ke rumah ibu bapa mereka selepas asyik beraya di rumah mertua sahaja.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter ada berkongsikan luahan seorang wanita yang sudah 14 tahun kahwin namun tidak pernah raya hari pertama di rumah ibu bapanya.

Lebih geram, suaminya mengatakan jika dia berkeras mahu pulang beraya di rumah ibu bapanya pada raya pertama, jatuh talak satu.

Ujarnya lagi, mereka tinggal di Ampang serta mempersoalkan apa salahnya untuk raya sebentar di rumah ibu bapanya yang terletak di Kuala Lumpur sahaja kemudian balik beraya di rumah mertua.

Lebih mengejutkan, wanita itu berkata ibu mertuanya turut mengatakan jika anak-anaknya tidak balik ke kampung pada hari raya pertama mereka adalah anak derhaka.

Katanya lagi, dia sudah memujuk suaminya raya haji nanti akan pulang beraya di kampung mertua namun suaminya tetap berkeras.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kesal apabila ibu mertua sendiri tiada belas ihsan sedangkan mereka sedar menantu mereka juga mempunyai ibu bapa dan keluarga.

Malah, ramai yang bersimpati dengan nasib wanita itu apatah lagi sudah 14 tahun bersabar dengan sikap penting suaminya.

Dalam pada itu, ada yang mengingatkan bahawa lafaz taklik tidak boleh ditarik sampai bila-bila kerana perkara yang dilafazkan itu akan kekal selamanya. 

SUMBER: Twitter