Selamba Bagi Beg Jenama Mewah Sebagai Hadiah, Puteri Sarah Dipuji Murah Hati

Sebut saja nama Puteri Sarah Liyana pasti ramai tahu hangat diperkatakan mengenai rumah tangga pelakon itu dengan suaminya, pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Malah, ramai mereka di luar sana memberikan sokongan buat pelakon itu termasuk mertuanya di atas apa yang berlaku dalam rumah tangganya.

Baru-baru ini, tular video pelakon itu yang menjadi perhatian ramai dimana Puteri Sarah menunjukkan koleksi beg tangan mewah miliknya.

https://www.tiktok.com/@inayahbeautytrading/video/7238460468032015617

Namun, apa yang menjadi bualan apabila Sarah yang tiba-tiba memberikan salah satu beg mewah koleksinya buat individu yang merakam video berkenaan.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap murah hati Puteri Sarah. 

Kata netizen lagi, siapa yang tidak mahukan apatah lagi beg mewah yang diberikan sebagai pemberian begitu sahaja.

Difahamkan, harga beg berkenaan dijual pada harga mencecah RM700 meskipun bersaiz kecil. 

Dalam pada itu, ada netizen yang kagum dengan pelakon itu serta menyifatkan Sarah ‘orang kaya’ namun tetap merendah diri.