Sungguh tidak bertamadun dan tidak tahu menghargai hasil seni langsung. Begitulah rata-rata pendapat yang ditinggalkan netizen apabila mural yang memaparkan wajah-wajah pemimpin negara telah disembur dengan perkataan kesat.
BACA: Ini Pesanan Dr Noor Hisham Untuk Mereka Yang Pakai Mask Bawah Dagu
Antara wajah yang terlukis di mural tersebut adalah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Melalui perkongsian @MrJamesLabu di Twitter, perbuatan vandalisme ini didakwa berlaku di Taman Cahaya Alam, U12, Shah Alam, Selangor. Tidak kurang juga ada yang menyifatkan kejadian ini berunsur provokasi.
Busuknye hati 😬😬😬 pic.twitter.com/9jOQDKwTgm
— Labu suka anak pak aji (@MrJamesLabu) July 20, 2020
Bagaimanapun dalam muatnaik terbaru, dinding mural berkenaan telah pun dicat putih semuanya.
Sedih melihatkan kejadian sebegini terjadi. Belum pun COVID-19 reda, semboyan kebencian sebegini sudah ditiupkan dan ia pastinya mengundang amarah netizen. Semoga pihak berkuasa pantas bertindak dan si pelaku menerima hukuman setimpalnya.
Jika anda tak mahu ketinggalan info dan bacaan menarik setiap hari, jangan lupa follow kami di Facebook dan Instagram.