Menurut laporan Malaysiakini, terdapat penyokong Najib Razak meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan mahkamah.
BACA: Najib Razak Didapati Bersalah Salah Guna Kuasa: Mahkamah
Penyokong yang sudah mula berada di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sejak enam pagi tadi mula menjerit menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.
Menurut portal itu lagi, laungan seperti “Bossku tak bersalah”, “mahkamah tak adil”, “Tun (Dr Mahathir Mohamad” kejam” turut dilaungkan.
Perkara tersebut turut selari seperti laporan @FirdausAzil di Twitter.
Sementara itu di luar Kompleks Mahkamah ada rasa tidak puas hati di kalangan penyokong Najib Tun Razak, selepas mendengar keputusan mengenai kes itu. Mereka menyalahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. #KesNajibRazak @501Awani pic.twitter.com/CtX7vyZmkI
— Initial: FA (@FirdausAzil) July 28, 2020
Sementara itu, Najib dilaporkan kelihatan tenang ketika mahkamah memutuskan beliau bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan terhadapnya berkaitan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.
Gambar: The Star