Umum mengetahui mulai 1 Ogos, pemakaian ‘face mask’ atau pelitup muka adalah diwajibkan dalam pengangkutan awam dan di tempat awam yang sesak. Jika gagal berbuat demikian, anda boleh dikompaun sebanyak RM1,000.
Boleh dikatakan ada pelbagai jenis topeng muka yang dijual dipasaran. Dari murah hingga yang paling mahal. Tidak kurang juga ada yang membuat topeng muka sendiri.
Bagaimanapun, seperti diketahui topeng muka yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah yang mempunyai tiga lapis.
Baru-baru ini, topeng muka yang dipakai oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi perhatian ramai. Malah, topeng muka tersebut turut dilihat dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah jenama topeng muka yang dipakai oleh beliau dan berapakah harganya.
Difahamkan topeng muka tersebut dijual pada harga sekitar RM50 untuk 3 unit. Hasil pencarian, pelitup muka ini adalah produk keluaran dari Xeralife yang ternyata berkualiti tinggi dan anda boleh dapatkannya di melalui portal beli-belah atas talian Shopee.
Untuk pengetahuan anda, topeng muka keluaran Xeralife ini merupakan hasil teknologi dari Jepun. Topeng ini telah dibuktikan oleh Persatuan Sains Bioperubatan (BMSA) Jepun berkesan terhadap semua bentuk Influenza, termasuk selesema burung dan selesema babi.
Topeng ini juga membantu mencegah jangkitan kuman, meredakan alahan dan jangkitan pernafasan. Selain itu, tiada penggunaan bahan kimia berbahaya digunakan dalam pembuatan pelitup muka berkenaan.
Pelitup muka ini terdiri mempunyai 4 lapisan yang sangat berkualiti dan sudah semestinya ia juga mampu melindungi pemakai daripada wabak Covid-19.