Pasti seronok jika dapat bercuti di pulau lebih-lebih lagi sebaik sahaja bangun dari tidur dapat menikmati keindahan air laut biru sambil ditemani angin sepoi-sepoi bahasa.
Kalau bercuti di pulau tak sah kalau tak lakukan aktivit snorkeling, tapi pernah tak terfikir bermain badminton di tengah laut?
Siapa sangka sebuah resort di Pulau Redang, Terengganu menawarkan pengalaman bermain badminton di atas air dan boleh dikatakna ianya pertama di dunia.
The Taaras Beach & Spa Resort di Pulau Redang menawarkan anda satu pengalaman luar biasa dan berkolaborasi dengan Malaysia Badminton Experience tampil dengan ‘Shuttle at Sea’.
Mungkin ramai yang bimbang sama ada kukuh atau tidak gelanggang tersebut. Difahamkan, gelanggang terapung itu teguh kerana diikat dengan batu bata dan dilindungi dengan tiang.
Jika anda sukakan pengalaman yang berbeza, bolehlah mencubanya. Tetapi dengan ombak dan angin yang kuat pasti ianya cabaran besar untuk memukul bulu tangkis ke arah pihak lawan.