Santan Perkenal Aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser, Siap Ada Ikan Bilis & Kacang

Jika sebelum ini siapa yang mengidam Nasi Lemak Pak Nasser perlu menaiki penerbangan Air Asia untuk menikmati hidangan kegemaran ramai itu.

Namun kini tidak perlu lagi kerana restoran Santan yang menyajikan makanan dalam penerbangan itu berada di Midvalley dan Sunway Pyramid.

Sebelum ini kita pernah mendengar ada beberapa syarikat makanan menginovasikan hidangan yang sinonim dengan rakyat Malaysia itu mencipta ais krim perisa Nasi Lemak.

Nampaknya, Santan juga turut memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser dalam versi aiskrim sempena sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Difahamkan, Restoran Santan bekerjasama dengan syarikat aiskrim terkemuka, Crème De La Crème (CDLC) untuk melancarkan dua aiskrim perisa terhad yang cukup istimewa iaitu Nasi Lemak Pak Nasser dan Pandan Dodol.

https://www.instagram.com/p/CEasfwlJOmK/?utm_source=ig_embed

Harga yang ditawarkan hanya RM8.80 secawan dan boleh dapati di Restoran Santan Mid Valley dan Sunway Pyramid, atau di Crème De La Crème Uptown Damansara dan Mont Kiara.

SUMBER: The Vocket