Selepas melancarkan Proton X70 yang mendapat sambutan luar biasa, ramai yang tidak sabar menunggu pelancaran X50 yang merupakan sebuah crossover SUV yang paling dinanti ramai peminat Proton.
Menerusi perkongsian laman rasmi Facebook Proton, akhirnya didedahkan gambar rasmi model X50. Itu bermakna kereta yang dinanti ramai itu bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Lebih teruja apabila keterangan gambar itu menyatakan, “Bersiap sedialah untuk terpesona dengan penampilannya yang anggun dan prestasi yang tiada banding.”
“SUV PROTON yang sangat dinanti-nantikan akan bergabung dalam barisan Intelligent kami tidak lama lagi. Persoalannya, adakah anda sudah bersedia?”
Difahamkan, Proton X50 bakal menawarkan enjin 1.5 liter turbo dan harga yang bakal ditawarkan adalah sekitar RM75,800 sehingga RM103,800. Namun, ramai yang menantikan harga rasmi yang bakal diumumkan Proton kelak.
Pendedahan tersebut sekaligus membuatkan ramai yang teruja. Diruangan komen, rata-rata netizen tidak sabar untuk mendapatkan model terbaru Proton itu dan tertanya-tanya berapa harga yang akan ditawarkan.