Pemandu Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan maut di Johor pada Sabtu lalu dihukumkan hukuman penjara enam tahun dan denda sebanyak RM8,000 oleh mahkamah hari ini atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah.
Majistret Suhaila Shafi’uddin membuat keputusan berkenaan selepas wanita berusia 23 itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.
Pemandu wanita yang terbabit kemalangan hingga sebabkan kematian seorang anggota TLDM dekat Plaza Pelangi, Sabtu lalu, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, setelah mengaku bersalah, hari ini. pic.twitter.com/Qazfpa1YIS
— BERNAMA RADIO (@Bernama_Radio) October 15, 2020
Wanita itu turut mengaku salah atas tiga lagi kesalahan iaitu tidak mempunyai lesen memandu, memandu kereta yang tiada cukai jalan serta insurans dan diperintahkan membayar denda berjumlah RM3,300.
Wanita berkenaan yang merupakan seorang pekerja kilang dituduh menyebabkan kematian anggota tentera Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru.
Ujian air kencing yang dilakukannya ketika itu juga menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain positif dadah.
SUMBER: Bernama