Pantun ‘Tumbuk Sambal’ DBP Bikin Netizen Panas, Dituduh Hina Wanita

Sejak semalam tular di media sosial dan menjadi bualan hangat dikalangan netizen mengenai serangkap pantun yang dikongsikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Pantun yang ditulis berbunyi,”Apalah guna berkain batik, Kalau tidak memaki capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk bawang.”

Bagaimanapun, pantun tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan pantun berkenaan seksis dan cuba untuk merendahkan kamum wanita.

Malah, ada netizen mempersoalkan pantun tersebut serta bertanyakan adakah wanita perlu bersiap sedia untuk ‘menumbuk sambal’ sebelum layak digelar sebagai isteri.

Pantun itu juga turut mendapat perhatian ahli politik di Malaysia, Muhammad Bakhtiar, Ahli Parlimen Balik Pulau yang turut bersetuju bahawa pantung berkenaan bersifat seksis.

Bagaimanapun, ada beberapa netizen tampil mempertahankan DBP serta membetulkan keadaan bahawa pantun tersebut tidak boleh diambil secara terus, ia perlu difahami juga bersama dengan maksud.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat pantun itu adalah nasihat buat lelaki dan bukannya untuk memburukkan kaum wanita.

https://twitter.com/IniAlannn/status/1316912568481533953

Meskipun ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan pantun tersebut, namun ia terpulang pada perspektif masing-masing. Malah, isu tular itu sekaligus membuktikan bahawa masyarakat mula peka dengan budaya lama kita.