Tiru 10 Suara Penyanyi Legend, Lelaki Ini Buat Netizen Terkejut & Teruja

Boleh dikatakan ramai yang berbakat dalam nyanyian, tapi tak ramai yang mempunyai bakat meniru suara penyanyi sebenar. Namun siapa sangka remaja lelaki ini mempunyai bakat luar biasa meniru ‘sebijik’ suara penyanyi asal.

Lebih mengejutkan, remaja lelaki bernama @amsyar_leee ini bukan hanya boleh meniru satu suara penyanyi tetapi lebih 10 penyanyi hebat tanah air.

Menerusi video dikongsikan di TikTok yang kini tular di media sosial, remaja itu meniru 12 suara penyanyi wanita terkenal di Malaysia.

https://twitter.com/amsyar_leee/status/1316305197795139584?

Antara suara penyanyi yang ditirunya adalah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Ziana Zain, Ning Baizura, Shila Amzah, Alyah dan beberapa artis lain.

Video yang menunjukkan kebolehannya meniru suara penyanyi wanita itu telah meraih lebih 300 ribu tontonan. Dalam pada itu, ada yang terhibur lebih-lebih lagi apabila remaja lelaki itu meniru suara Ziana Zain, Elizabeth Tan dan Nabila Razali.

Kata netizen lagi, suara remaja lelaki itu sememangnya ‘power’ kerana bukan mudah untuk meniru suara penyanyi-penyanyi terkenal berkenaan.

SUMBER: Twitter Amsyar_leee