Hubungan kekeluargaan merupakan perkara paling penting dalam hidup setiap insan, lebih-lebih lagi dengan ibu bapa kita. Adakalanya gurauan juga mampu menjadi satu cara untuk merapatkan lagi hubungan.
Paling seronok jika memiliki ibu bapa yang sporting, sudah tentu hubungan dengan anak dilihat seperti kawan baik. Tapi ‘sempoi’ macam mana pun ibu bapa kita belum tentu boleh terima gurauan melampau.
Menerusi video oleh pemuda dengan nama @azrisfx ini mengajak ibunya untuk membuat video di TokTok namun secara tiba-tiba muncul satu mesej dari aplikasi berkenaan dari seorang wanita kononnya mengatakan dirinya hamil.
https://www.tiktok.com/@azrisfx/video/6887083197855829249?
Terkejut melihat mesej ‘prank’ berkenaan, ibu kepada pemuda berkenaan menjerit dan terus memukul anaknya. Pemuda berkenaan kemudian hanya mampu ketawa melihat reaksi ibunya yang terus keluar dari kereta.
Diruangan komen, rata-rata pengguna terhibur dengan prank tersebut namun akui kasihan dan risau dengan ibunya yang teruk dikenakan oleh pemuda itu. Kata netizen lagi, prank yang dilakukan oleh pemuda itu sememangnya menjadi.
Jika anda berniat untuk prank ibu bapa anda seperti ini, lebih baik fikir panjang-panjang terlebih dahulu, bimbang akan kena lebih teruk dari pemuda ini.