Bukan kali pertama terjadi, nampaknya tular lagi video apabila sebuah kereta Perodua didakwa ‘mencucuk’ kereta di hadapannya untuk mengelak daripada membayar tol.
Namun, kali ini melibat kereta Perodua jenis Axia dengan nombor plat D. Namun tidak dapat dipastikan sama ada Axia berkenaan melepasi tol berkenaan tanpa membuat bayaran atau tidak.
Menerusi perkongsian video itu, ada netizen mempersoalkan mengapa palang tol berkenaan di angkat semula ketika Axia berkenaan melalui jalan tersebut seolah sudah membuat bayaran dengan mengunakan Smart Tag.
https://twitter.com/anthraxxxx/status/1326088594033766400
Namun, seorang netizen menjelaskan palang dilihat angkat semua kerana sistem mengesan objek berkenaan belum melepasi palang dan disebabkan itu palang akan naik sehingga dapat pastikan tiada objek dikesan.
Tidak dapat dipastikan dimana kejadian itu berlaku, namun video itu dikongsikan seorang pengguna Twitter menggunakan akaun @anthraxxxx.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab pemandu Myvi itu. Netizen turut mempersoalkan jika mampu pakai kereta takkan tidak boleh bayar duit tol.
Dalam pada itu, netizen tangkas melakukan ‘siasatan’ terhadap kereta Axia berkenaan dan mendapati kereta itu mempunyai 8 saman kesalahan lalu lintas.
https://twitter.com/deinkhalid/status/1326106906826399744
SUMBER: Twitter