Boleh dikatakan di zaman teknologi ini semuanya sangat mudah dan anda boleh membeli makanan hanya dihujung jari sahaja serta tidak perlu lagi bersusah payah keluar rumah.
Namun, di sebalik kemudahan tersebut boleh terjadi perkara yang tidak diingini lebih-lebih lagi kanak-kanak zaman sekarang juga sudah tahu menggunakan aplikasi tanpa berfikir panjang.
Seperti yang terjadi oleh seorang wanita ini, Sharifah Nur Adleen yang menjadi mangsa dimana anaknya telah menggunakan telefon pintarnya sehingga memborong makanan dengan dengan begitu banyak di aplikasi Foodpanda.
Lebih lucu, anaknya memesan sehingga 12 paket tom yam seafood, 1 paket sup tulang lembu, 2 paket kerabu daging, dan 4 paket sup daging sehingga dia perlu membayar sebanyak RM226.76.
Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan kisah wanita itu. Malah, ada yang tertawa apabila kanak-kanak itu memesan sehingga 12 bungkus Tom Yam seafood dan bertanyakan adakah mahu mengadakan kenduri.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan mungkin kanak-kanak itu menyangkakan ianya aplikasi permainan memandangkan Foodpanda menggunakan logo panda.
Apa pun diharap selepas ini jangan sewenang-wenangnya membiarkan kanak-kanak menggunakan telefon bimbit tanpa pengawasan bimbang perkara seperti ini terjadi. Tak pasal-pasal habis duit melayang nanti.
SUMBER: Facebook Sharifah Nur Adleen