Meskipun ekonomi berjalan seperti biasa semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun ia bukan situasi mudah bagi peniaga apabila ada yang terkejut dengan kenaikan harga barang sepanjang PKPB.
Menerusi satu perkongsian di Twitter, @hanifmz yang juga seorang peniaga burger memuat naik foto harga sekarung bawang akui terkejut dengan harga daripada RM18 kini dijual dengan harga RM27.
Malah, Hanif turut kesal dalam keadaan PKPB dimana rakyat bergelut dengan komitmen masing-masing namun harga masing naik mendadak. Hanif turut mempersoalkan dimanakah menteri yang terlibat dan adakah harga barangan tidak dikawal.
Kepala hotak dia. Semalam baru naik RM18, hwri ni naik RM27. Gilalah. Mana menteri jaga harga barang ni? Dah lah PKPB, sewa, bil, semua kena bayar takda discount. Customer makin kurang sebab ramai takda gaji. Mana menteri ni!!?? pic.twitter.com/G2nLNHTt8i
— hanifmz | ☕ | Putéh (@hanifmz) November 18, 2020
Namun seorang lelaki yang juga seorang pembekal barang kering termasuk bawang tampil mengulas isu harga bawang yang mahal. Menurutnya, harga naik bukan secara tiba-tiba tetapi disebabkan bekalan tidak mencukupi sejak bulan Ogos.
ISU BAWANG MAHAL
Okay sebagai pembekal barang barang kering termasuk bawang, aku nak jelaskan isu harga naik ni bukan tiba tiba jadi.
Ini isu bekalan tak cukup sejak bulan Ogos lagi kerana banjir di India. India merupakan pembekal bawang terbesar di dunia. pic.twitter.com/BnKPLncK21
— Bob SB (@izzuddinjfr) November 18, 2020
Ujarnya, seperti diketahui India merupakan pembekal bawang terbesar dunia namun dibebabkan banjir melanda negara itu sekaligus menyebabkan beberapa ladang tidak dapat tuai hasil tanaman sehingga kekurangan bekalan.
Jelasnya, India juga terpaksa hentikan eksport bawang kerana penggunaan dalam negara juga tidak mencukupi.
Dalam pada itu, ujarnya ketika ini, para pembekal sedang mendapatkan bekalan bawang di Pakistan namun masih tidak mencukupi berikutan permintaan tinggi di seluruh dunia.
Pakistan pun tak cukup bekalan nak tampung permintaan dunia.
Bayangkan la tiba tiba India tutup kedai, customer satu dunia datang pi bantai stok Pakistan.
Memang tak cukup bos.
Sekarang ni peniaga terpaksa pakai bawang Holland kan masak ?
— Bob SB (@izzuddinjfr) November 18, 2020
SUMBER: Twitter