Video Pakcik Tembak Anjing Ini Undang Kemarahan Netizen

Bermula dengan hanya bunyi rintikan hujan di atas atap, namun berakhir dengan suara menahan kesakitan teramat sangat seekor makhluk, ternyata video yang dikongsikan oleh Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia – SAFM mengundang rasa marah banyak pihak. Bagi yang tak kental, jangan tengok ya, risau sedih mendengar suara anjing kesakitan.

BACA: Kemalangan Myvi Langgar Honda Di Johor Ini Buat Netizen Marah

Walaupun lokasi dan tempat kejadian sebenar tidak diketahui namun perbuatan tersebut menjadi tanda tanya sama ada pemilik senapang tersebut tidak mempunyai cara lain untuk menghalau anjing yang berada berdekatan rumahnya itu.

Apa yang pasti, di akhir video tersebut, kedengaran ada suara yang menyatakan bahawa tembakan tersebut mengenai kaki anjing tersebut.

Setakat ini tidak diketahui cerita di sebalik kejadian sama ada anjing tersebut pernah menimbulkan kecederaan kepada keluarga si penembak mahu pun orang ramai. Persatuan itu juga kini sedang giat mengumpul maklumat di atas tindakan tersebut.

Selain itu, semoga pihak berkuasa sentiasa peka dengan aduan orang ramai mengenai kehadiran anjing liar mahu pun terbiar supaya perkara sama tidak berulang kembali.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.