Sejak kebelakangan ini banyak kita mendengar kes anjing liar ditembak. Malah, difahamkan Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia sedang mencari seorang lelaki didakwa menembak anjing liar dalam satu video tular.
Terbaru, tular lagi video memaparkan lelaki menembak anjing yang sedang bermain di kawasan rumah mereka. Lebih menyedihkan, lelaki itu menembak ibu anjing serta lima ekor anaknya.
Tindakan lelaki yang digelar lebai itu sekaligus mengundang kemarahan netizen. Menerusi perkongsian netizen, kejadian itu dipercayai berlaku di Terengganu.
Kes di Terengganu. Lebai haram jadah ni tembak ibu anjing beserta 5 ekor anaknya yang baru lahir semasa mereka main di perkarangan rumahnya.
Harap2 lebai ni mampos dihadapkan ke muka pengadilan pic.twitter.com/rXuaJxau30
— ملايو بارو (@melayu_baru) November 24, 2020
Menerusi video berkenaan turut tertera kapsyen dimana dia bukan saja-saja menembak anjing berkenaan tetapi ia berikuan anjing itu bermain di beranda rumah dan terpaksa menyental lantai.
Susulan itu, ramai yang tertanya-tanya adakah tiada cara lain untuk menghalau anjing sehingga menggunakan senapang. Malah, ada yang bertindak membuat aduan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.