Baru sahaja melancarkan video muzik single terbaru Kuasa Cintamu, hangat diperkatakan mengenai bagaimana penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menukar pakaian dalam masa 11 saat sahaja.
Menerusi muzik video berkenaan ramai yang tertanya-tanya ada babak dimana selama 11 saat kamera hanya tertumpu pada mata Siti sahaja. Rupanya ketika itu Siti perlu menukar pakaian dalam masa yang singkat.
Satu perkongsian video tular di Twitter sekaligus mendedahkan bagaimana busana Siti bertukar dalam sekelip mata sahaja.
https://twitter.com/inialannn/status/1334348645106237443?s=28
Video tersebut memparkan Siti memakai dua lapis pakaian lengkap dengan anak tudung berbeza kerana penukaran itu perlu dibuat dalam masa yang cukup singkat.
Melihatkan video tersebut, rata-rata netizen kagum dengan kru produksi yang terlibat kerana proses penukaran pakaian itu bukan mudah. Netizen juga turut tertanya-tanya bagaimana semua kru boleh melakukan kerja dengan baik dalam keadaan riuh rendah di set penggambaran.
Dalam pada itu, netizen turut memuji Siti yang tetap tenang meskipun kru disekeliling sedang kalut menyiapkan busananya.
Sebelum ini timbul persoalan mengenai tempoh 11 saat itu dan ada yang mengatakan ada makna tersirat iaitu simbolik pada 11 tahun Siti menanti kehadiran Siti Aafiyah.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.