Baru-baru ini tular di media sosial foto seorang aunty yang kelihatan sudah berusia namun masih gigih bekerja sebagai pekerja penghantaran makanan Foodpanda.
Foto tular itu memaparkan aunty tersebut sedang duduk mungkin sedang menunggu pesanan makanan yang ditempah oleh pelanggan. Ramai yang kagum dan juga meluahkan rasa kasihan melihat aunty tersebut yang bekerja walaupun sudah berusia.
Bagaimanapun, foto tersebut mendapat perhatian pendakwah Ebit Lew yang sendiri mengunjungi aunty berkenaan di Kuala Lumpur serta berkongsikan kisah wanita berkenaan.
Menerusi perkongsian di Facebook, Ebit berkata aunty tersebut dikenali sebagai Christine Ti dan kini tinggal berdua bersama adiknya selepas ibu mereka meninggal dunia.
Lebih mengejutkan, aunty tersebut sebelum ini bekerja sebagai penulis majalah berbahasa Inggeris. Namun susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia hilang pekerjaan.
“Dengar kisah hidupnya dapat rasa kecekalan dan tabahnya beliau. Kuat berusaha dan suka menolong orang.
“Tinggal berdua dengan adiknya. Mak baru meninggal dunia. Menangis Sebelum ini kerja writer english magazine. Pandai english. Hebat tulisannya. Semenjak awal pkp hilang kerja,” katanya.
Ebit berkata aunty tersebut melakukan perkhidmatan Foodpanda menggunakan kereta kancil lama. Ebit turut membantu membaiki kereta Kancil yang digunakan aunty Christine serta menghulurkan sedikit duit belanja.
Kereta kancil yang digunakan aunty Christine sudah pun berusia 25 tahun dan wanita berkenaan seronok menangis apabila Ebit membantu membaiki kereta kesayangannya itu.
Dalam pada itu, Ebit berkata selepas ini dia akan berkunjung ke rumah aunty Christine yang dikhabarkan bocor dan ada kerosakan. Ebit memberitahu aunty Christine gembira dengan pekerjaannya sebagai penghantar makanan dan anak muda semua baik-baik.
“Saya tolong repair kereta kancil auntie. Sudah dekat 25 tahun kancil ini. Gantikan tayar baru dan service. Beri sedikit duit belanja. Dan nanti nak tengok rumahnya dengarnya dah bocor dan ada kerosakan.
“Doakan auntie ni. Katanya best kerja begini. Anak muda semua baik-baik. Tiada politik kerja. Tengah kesana sini,” tulis Ebit.
SUMBER: Facebook Ebit Lew