Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai video tular seorang remaja sanggup melemparkan kucing demi meraih perhatian di TikTok. Video kejam itu turut mendapat perhatian Persatuan Haiwan Malaysia (PHM) yang mengkritik tindakan remaja berkenaan.
Menerusi video tular itu, remaja berkenaan pada awalnya mengucap kucing berwarna oren berkenan sebelum bertindak melemparkannya ke belakang.
Susulan video tersebut, orang ramai mula menyalurkan maklumat mengenai butiran peribadi seperti nombor telefon serta akaun media sosial remaja berkenaan.
Meskipun segala maklumat sudah diperoleh, namun nombor milik remaja tersebut gagal dihubungi serta akaun Instagramnya sudah pun dinyahaktif selepas dikecam teruk.
Bagaimanapun, pelaku tersebut akhirnya sudah ditahan pihak berkuasa jam 9 pagi tadi di Kampung Aru Baru, Sundar Lawas, Sarawak. Menurut pihak setempat, remaja berkenaan seorang yang waras dan sihat tubuh badan.
SUMBER: Info Roadblockjpjpolis