Adat setiap pertandingan, pasti ada keputusan yang tidak disenangi oleh sesetangah pihak. Kalau nak bagi puas hati, agaknya stesen TV kena anugerahkan terus kejuaraan kepada semua peserta tapi kalau buat macam itu pun confirm kena kecam jugak.
BACA: “Di Indonesia, Menteri Pening Rakyat Tak Ikut SOP, Di Malaysia, Rakyat Pening Sebab Menteri…
Pahit atau manis, telan sajalah. Tapi bagi kami drama Gegar Vaganza musim ke-7 ini boleh tahan jugak – bolehlah jadi rencah cukup rasa untuk menghangatkan suasana, kan?
Kami kongsikan beberapa insiden atau lebih tepat lagi situasi yang mendapat perhatian sepanjang rancangan ini bersiaran.
1. Sengau Si Legend Noraniza Idris
Tidak dapat dinafikan, ada di antara barisan peserta Gegar Vaganza boleh dikatakan sudah bertaraf legenda. Namun ini tidak bermakna taraf legend itu selalunya sempurna sentiasa.
Tweet Michael Ang mengenai persembahan Noraniza Idris ternyata mengundang pelbagai reaksi berbeza. Ada yang menyokong dan sebaliknya.
Omg my fav Hindustan songs Di bunuh dgn kejam oleh noraniza!!!!! Kenapa la nak pergi nyanyi Hindustan!!! First time dengar lagu Hindustan dgn suara sengau! Tak sedap lagu Hindustan bila suara sengau nyanyi! Sebab tu penyanyi Hindustan suara semua nyaring!
— Michael Ang (@MichaelAng38) December 6, 2020
Bagi kami, it’s a normal thing-lah dalam bertanding, rakyat biasa pun ada saja yang sependapat tapi status Mike sebagai individu yang terkenal, sedikit sebanyak mampu mempengaruhi persepsi orang ramai dan mencabar kredibiliti penyanyi yang sudah mempunyai profil nyanyian berpuluh tahun.
2. Menang Tak Sampai Seminit Sudah Tunjuk Belang?
Sebaik saja diumumkan juara, Cliff terlepas mengatakan SOP ini irritating (sambil membuka face shield). Berpunca daripada perkara tersebut, ada yang mahu gelaran juara Cliff ditarik balik.
Berikut merupakan video di mana Cliff memohon maaf selain menyatakan perkara sebenar yang ingin diucapkannya ketika insiden itu berlaku.
Penerangan daripada Cliff sendiri. Mohon bertenang ✌🏼#GegarVaganza2020#GegarVaganza7 pic.twitter.com/uUTHM1rOtO
— miszeita (@nisserine7_) December 13, 2020
Cliff menjelaskan apa yang dimaksudkan sebenarnya ialah face shield dan bukannya SOP selain tidak berniat untuk memperlekehkan mana-mana pihak. Tapi jauh dari sudut hati, kita semua mahu SOP dimansuhkan dan kembali hidup seperti kebiasaan, bukan?
3. Juri Boleh Bukak Kaunter Kirim Salam
Sudah menjadi kewajipan kepada salah seorang juri ini untuk menyampaikan salam dan pada final, siap ada surat pula.
Aku cadangkan #GegarVaganza2020 season depan buat slot Kirim Salam khas pengacara Makcik Salam! tu je nak mintak, juri bagi Hetty Koes Endang
— Waibie 🧔🏻 (@faiqwaibie) December 13, 2020
Ternyata perkara tersebut dalam masa yang sama membuatkan penonton rimas kerana ada yang menantikan komen yang memberangsangkan dari juri terhadap penyanyi kegemaran mereka. Setuju tak orang Tampin?
4. Kabel 14 Tahun, Bodek Juri?
Tatkala kita merasakan sudah surut isu ditegur suara sengau, tapi sebenarnya ia berlanjutan sehingga ke episod final. Bagaimanapun, bagi Mike, dia sudah biasa dengan perkara tersebut.
La relax aje la. Biasalah kena carut! Mike ok aje! #GegarVaganza2020
— Michael Ang (@MichaelAng38) December 13, 2020
Harapnya perkara ini tidaklah berlanjutan sehingga ke akhir hayat. Pusing-pusing industri hiburan di Malaysia ini pun bukanlah sebesar mana.
Atau pun adakah ini sebenarnya sudah dirancang untuk menghangat suasana?
5. Persembahan Kumpulan MCO Yang Menghiburkan
Ini kami bagi 5 bintang di atas persembahan yang serius paling susah kita dapat tengok. Menghiburkan dan penuh keyakinan, persembahan trio ini di atas pentas ternyata membuatkan juri undangan Joe Flizzow turut terbahak-bahak.
Rata-rata peminat merasa sangat teruja dengan persembahan kumpulan Muss, Cliff, Oja (MCO). Siapalah boleh sangka tekak rock boleh bawak lagu rap, kan?
Apa pun, inilah beberapa perkara yang sempat kita tonton sendiri. Bab tak puas hati menang kalah ini, masuklah pertandingan apa pun, itulah juga isunya. Kita bising-bising sangat pun, esok masuk kerja jugak.
Semoga peserta yang menyertai pertandingan ini mampu membina kembali reputasi dan juga kredibiliti untuk terus kekal relevan di dalam industri hiburan tanah air.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.