Segala teka teki lagu manakah yang layak ke Anugerah Juara Lagu 35 akhirnya terjawab apabila 12 lagu telah pun diumumkan semalam. Apa yang pasti, penyanyi dan komposer Hael Husaini antara yang gembira apabila 3 buah lagunya bakal berentap di AJL35.
Bagaimanapun, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan keputusan tersebut apabila ada lagu yang dianggap terbaik namun tidak terpilih ke AJL.
Malah, pelbagai luahan diutarakan netizen apabila ada yang menuduh AJL ‘main kroni, hanya mereka yang mempunyai kabel kuat boleh terpilih serta membuat tuduhan ada anak emas di kalangan penyanyi dan komposer sehingga layak ke AJL.
Dek kerana tuduhan netizen ada di kalangan mereka itu ‘main kroni’, peminat seperti sudah dapat meramal siapa yang akan bergelar juara pada AJL-35 itu nanti.
Dalam pada itu, ada yang terlalu kecewa sehingga mahu memboikot AJL kali ini serta meminta agar menukar juri pada tahun hadapan agar dapat memberi ruang kepada bakat baru yang sedang meningkat naik.
Malam tadi, 12 lagu diumumkan layak ke AJL35 iaitu Belenggu Rindu nyanyian Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah, 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta), Hati (Hael Husaini), Semalam (Aina Abdul), Peluang Kedua (Hael Husaini), Hutang (Floor 88), Kau Sakiti (Amir Masdi), Gundah (Ernie Zakri), Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), Gila (Kaka Azraff, Noki dan Tuju), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter) dan Eh (Zizi Kirana).
AJL35 akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 7 Februari tahun depan.
SUMBER: Facebook TV3