Setiap pasangan yang berumah tangga, pasti impikan ikatan perkahwinan dibina kekal hingga ke akhir hayat. Malah, setiap pasangan mempunyai cara mereka untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
Seperti satu video tular ini, sepasang suami isteri berkongsikan momen sweet mereka sedang bersiap untuk menunaikan solat di TikTok, namun lain jadinya apabila ia bertukar menjadi kelakar.
Difahamkan, si isteri pernah mengalami kemalangan sehingga menyebabkan tanggannya tidak bole bergerak banyak. Disebabkan keadaannya, suaminya membantu memakaikan telekung.
Namun, setelah selesai menyarungkan kain telekung, secara tiba-tiba si suami pantas mencium dahi isterinya. Lebih melucukan kedua-dua mereka terus ketawa selepas terlupa masing-masing sudah mempunyai air wuduk.
Meskipun terpaksa mengambil air wuduk semula, namun apa yang menjadi perhatian terpancar kebahagiaan pada wajah pasangan itu. Malah, kapsyen yang disertakan lucu, mana tidaknya orang perempuan pantang sungguh jika suami pegang jika ada wuduk, boleh buat gaduh katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat keharmonian pasangan itu serta menitipkan doa agar si isteri segera sembuh dan rumah tangga mereka kekal hingga ke syurga.
SUMBER: TikTok Mataharishining