Doktor Dedah Aktiviti Berbasikal Punca Sperma Lemah?

Sejak kebelakangan ini aktiviti berbasikal sudah menjadi trend dan beriadah. Pergi kemana-mana sahaja ada sahaja geng basikal kita akan jumpa sama ada secara sendirian atau berkumpulan.

Aktiviti berbasikal bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi untuk bersosial. Namun, disebalik manfaat tersebut timbul kebimbangan apabila ianya dikatakan mempunyai kesan sampingan terhadap golongan lelaki.

Baru-baru ini menerusi Twitter, seorang doktor @Ahmad.RZ berkongsikan mengenai hobi kegemaran ramai itu dimana ia didakwa boleh menjadi punca sperma lelaki lemah.

Turut memuat naik video contoh, Dr Ahmad turut menyarankan agar golongan lelaki tidak melakukan aktiviti berbasikal melebihi 5 jam seminggu.

Ujarnya, testis mereka mungkin akan terkesan dari haba cuaca panas, tempat duduk basikal dan pemakaian seluar yang ketat.

Pendedahan doktor itu sekaligus mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk salah seorang petugas kesihatan yang tampil dengan pandangan berbeza.

Ujarnya, terdapat kajian melibatkan 5000 lelaki yang berbasikal namun tidak menunjukkan kaitan dengan kemandulan.

https://twitter.com/zainaladwin/status/1340218284021592065

Mungkin ramai yang selepas ini bimbang dengan risiko tersebut, namun apa yang lebih penting adalah utamakan keselamatan ketika berbasikal agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

SUMBER: Twitter