Pakai Baju Kelawar Boleh Menjanda, Punca Wanita Ini Bercerai Buat Netizen Bengang

Dalam kesibukan kerja ditambah dengan tugas menjaga anak, ada masanya para isteri tidak sempat untuk berhias. Namun siapa sangka, hanya kerana isteri memakai baju keluar boleh menjadi punca bercerai.

Baru-baru ini, tular di laman Twitter isu pemakaian baju kelawar yang menjadi topik perbualan hangat netizen. Menerusi satu paparan skin perbualan, seorang wanita mendakwa dia bergelar janda kerana baju kelawar.

https://twitter.com/twtmalaywedding/status/1343169606081421313

Susulan itu, timbul perdebatan apabila ada netizen berpendapat baju kelawar tidak sepatutnya dipakai apabila sudah berumah tangga.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan baju kelawar untuk pembantu rumah dan kurang sesuai dipakai oleh mereka bergelar isteri.

Kata netizen lagi, mungkin baju kelawar selesa dipakai namun ianya nampak tidak terurus dan kemas di mata suami. Namun, ada netizen mengatakan tiada salahnya untuk pakai seksi di depan suami.

Dalam pada itu, ada netizen bengang apabila baju kelawar dijadikan isu sehingga bercerai. Kata netizen itu mungkin bukan salah baju tetapi salah memilih suami.

Tidak kurang juga ada mengatakan suami sibuk mengkritik pakaian si isteri tetapi bagaimana pula dengan penampilan mereka di rumah yang memakai kain pelekat sehingga menampakkan perut buncit mereka.

SUMBER: Twitter