Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin cedera selepas terjatuh dari basikal, akibat terlanggar lubang jalan.
Namun apa yang menjadi perhatian, susulan kejadian itu Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa Khairy dan akan mengambil tindakan segera atas isu berkenaan.
Bagaimanapun, permohonan oleh JKR itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat serta menyifatkan ia sebagai antara dua darjat.
Malah, ada netizen meluahkan rasa tidak puas hati serta bertanyakan jika rakyat biasa yang terlanggar lubang jalan tersebut adakah pihak JKR akan memohon maaf.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan ada kenalan mereka mati kerana terlanggar jalan berlubang namun tiada permohonan maaf daripada pihak JKR. Netizen turut mempersoalkan, adakah nyawa ahli politik lebih penting daripada rakyat biasa.
Sementara itu, seorang netizen berkongsikan dia menyaksikan kejadian seorang penunggang motosikal terjatuh selepas terlanggar lubang jalan namun meninggal dunia kerana dilanggar oleh kenderaan lain.
Apa pun diharap pihak berkenaan lebih peka tentang aduan jalan berlubang untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain dan tidak hanya ambil berat aduan daripada ahli politik sahaja.
SUMBER: World of Buzz