Alam perkahwinan sangat indah, namun bukan mudah untuk melayari bahtera rumah tangga ditambah pula dengan pelbagai komitmen. Seperti kita tahu, suami selaku ketua keluarga dipertanggungjawabkan untuk menyara keluarga.
Tidak dinafikan kehidupan di awal berumah tangga penuh mencabar apatah lagi perlu hidup sendiri bersama pasangan. Jadi ramai yang hidup susah pada awalnya sehingga perlu menyewa bilik.
Perkongsian seorang gadis di laman Twitter baru-baru ini menjadi perhatian ramai apabila meminta kepada para wanita ‘angkat kaki’ sekiranya bakal suami mahu sewa bilik selepas berkahwin.
Ujarnya, tindakan tersebut adalah tidak wajar buat pasangan yang berkahwin kerana mereka memerlukan rumah dan bukannya menyewa bilik.
Katanya lagi, ramai pasangan menyewa bilik kononnya untuk berjimat, tetapi bayangkan jika sudah mempunyai anak adakah akan terus menyewa bilik sahaja.
Ujarnya lagi, dia bercakap dari segi mereka yang mempunyai gaji tetapi mahu menyimpan banyak sedangkan hanya perlu menyimpan 10 peratus daripada gaji.
Gadis tersebut turut memberi contoh ianya tindakan mengarut sanggup menyewa bilik hanya kerana mahu menyimpan RM700 daripada RM2000 gaji diperoleh.
Perkongsiannya itu tular, namun ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong pendapatnya itu. Dalam pada itu, ada netizen memberikan pendapat mengatakan ramai yang baru berkahwin tetapi menyewa bilik kerana tidak mampu untuk menyewa rumah.
Malah, ada yang berpendapat ramai yang menyewa bilik dan sanggup bersusah duduk di ruang yang kecil semata-mata untuk mengumpul wang membayar deposit untuk membeli rumah.
Dalam pada itu, ada yang berpendapat jika tahu hidup akan susah mengapa perlu membuat keputusan untuk berkahwin kerana tanggungjawab selepas mendirikan rumah tangga sememangnya tidak mudah.
Sementara itu, seorang netizen berkongsikan pengalaman menyewa satu rumah dengan pasangan berkahwin dimana hampir setiap hari dengar mereka bergaduh. Katanya lagi, dia mahu keluar dari rumah tersebut tetapi masih lagi terikat dengan kontrak.
Apa pun setiap pasangan ada pendapat mereka masing-masing mengenai perkara ini. Adalah lebih baik jika pastikan kewangan stabil terlebih dahulu sebelum berkahwin. Jika mahu berkahwin juga, pastikan pasangan sanggup bersusah senang dengan anda.
SUMBER: Twitter