Siapa yang tak sukakan kejutan, lebih-lebih lagi jika daripada orang yang tersayang. Namun, kejutan bukan sahaja dengan cara yang romantis sahaja, ada yang suka melakukan prank kejutan kepada pasangan.
Seperti yang berlaku pada isteri ini yang didatangi oleh seorang perempuan yang meminta izin untuk berkenalan dengan suami wanita tersebut. Malah, perempuan itu turut mengatakan suami wanita tersebut turut mengajaknya untuk berkahwin.
https://www.tiktok.com/@deechanteq/video/6912870639099596033?lang=en
Si isteri dilihat terkejut apabila diberitahu perkara berkenaan dan cuba menyawal perasanaannya. Namun, dia dilihat tenang dan memberi izin jika suaminya mahu berkahwin lagi jika mampu.
Bagaimanapun, adegan berkenaan bertukar sedih apabila si iteri menangis sebaik sahaja diberikan kejutan hadiah ulang tahun daripada suaminya yang kini sedang bertugas jauh di Sabah.
https://www.tiktok.com/@deechanteq/video/6912877352347389185?
Perkongsian di aplikasi TikTok itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan si isteri seorang tenang dan tabah meskipun mendapat berita mengejutkan itu.
Dalam pada itu, ada di kalangan lelaki mengatakan tidak berani untuk melakukan prank sedemikian kerana bimbang perkara buruk yang akan terjadi nanti.
Kata netizen lagi, terutama di kalangan perempuan pula, jika mereka berdepan situasi tersebut bukan mudah untuk mereka tenang seperti wanita tersebut. Tidak kurang juga ada yang mengatakan prank yang dilakukan si suami agak keterlaluan apabila melibatkan kahwin lain.
SUMBER: TikTok